ALFATIHAH: Video Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Myvi Di Putrajaya
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/alfatihah-video-penunggang-motosikal.html
PUTRAJAYA - Seorang pekerja Pullman maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Presint 5, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 9.33 pagi itu, mangsa, Affendi bin Aziz, 36, yang menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 maut dilanggar oleh pemandu Myvi, Noorazira binti Tajuddin, 30 di lampu isyarat simpat empat berdekatan Pullman di jalan Presint 5.
Difahamkan, pemandu kereta Myvi yang bekerja sebagai Juru-ukur Bahan itu dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melanggar mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya, Pullman.
Mangsa yang bekerja sebagai Assistant Manager House Keeping itu, maut di tempat kejadian. Manakala pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes itu kini disiasat oleh pihak polis.
Kemalangan maut yang berlaku di hadapan Pullman Putrajaya pagi ini melibatkan sebuah Myvi merempuh penunggang motosikal.
Posted by Berita Malaysia Kini on Wednesday, 13 May 2015
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA