INFO MENARIK!!

Tasha Shilla Terkena Buatan Orang, Meracau-Racau


AKTESS Tasha Shilla dikatakan terkena sihir dan meracau di sebuah set penggambaran baru-baru ini hingga menyebabkan penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan.

Dalam laporan portal astrogempak menyebut, satu sumber memberitahu kononnya pelakon itu terkena ‘tuju-tuju’ dan tiba-tiba saja mengalami histeria.

“Kami terpaksa menangguhkan penggambaran ‘scene’ Tasha kerana keadaan dia yang tidak mengizinkan.

“Melihat dia meracau begitu, kami hairan juga kenapa kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha,” kata sumber itu seperti yang dilaporkan portal berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, gara-gara terkena buatan orang itu jugalah punca Tasha kini kelihatan kurus dan cengkung.

Bagaimanapun Tasha yang ditemui MD pada minggu lalu dalam sebuah acara fesyen berkata dia kelihatan kurus kerana dia sekarang dalam proses mencuba produk kecantikan dan pelangsingan badan keluaran jenamanya sendiri yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 7639458388913146886

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item