Malaysia Dipandang Hina Di Mata Dunia Kerana Tidak Membantu Saudara Islam
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/malaysia-dipandang-hina-di-mata-dunia.html
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon melahirkan rasa terkejut tindakan beberapa negara Asean menghalau beribu-ribu pelarian Rohingya yang tersadai di antara Laut Andaman dan Selat Melaka, dan menggesa mereka diselamatkan.
“Beliau terkejut laporan mengenai beberapa negara melarang masuk bot membawa pelarian dan migran,” menurut jurucakap Ban dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
“Beliau menggesa kerajaan-kerajaan agar memudah cara pendaratan dan memastikan sempadan dan pelabuhan mereka dibuka bagi menolong mereka yang dalam kesusahan.”
Beribu-ribu pelarian Rohingya, kebanyakannya dalam keadaan lapar, kini tersadai di lautan berikutan keengganan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia menerima mereka.
PBB sebelum ini memberi amaran tindakan menghalau mereka boleh mengundang krisis kemanusiaan yang serius.
Malaysia, yang juga pengerusi Asean, terus menolak bot membawa beribu-ribu pelarian kebanyakannya dari Bangladesh dan Myanmar itu kembali ke lautan.
Semalam, AFP melaporkan sebuah bot yang sarat dengan pelarian Rohingya yang kekurangan makanan dijumpai terapung-apung di perairan Thailand.
Menjelang senja, beberapa lelaki dilihat terjun ke dalam laut bagi mendapatkan bungkusan makanan yang dijatuhkan daripada sebuah helikopter tentera laut Thailand.
AFP melaporkan salah seorang mereka terus memakan mi segera mentah yang dijumpai atas dasar laut sebelum kembali ke bot.
“Seramai 10 orang mati dalam perjalanan itu. Kami menghumbankan mayat mereka ke dalam laut,” AFP memetik salah seorang Rohingya yang berteriak ke arah beberapa wartawan.
Kebanjiran pelarian itu ekoran operasi besar-besaran pihak berkuasa Thailand terhadap jenayah pemerdagangan manusia, menyebabkan mereka yang terlibat jenayah itu mengabaikan pelarian yang kebanyakannya dari Bangladesh dan Myanmar.
Ia susulan penemuan 33 mayat dipercayai pelarian Myanmar dan Bangladesh, yang ditanam berdekatan sempadan Thailand-Malaysia.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mahu kerajaan serantau tidak menutup sempadan dan menyelamatkan pelarian yang kini terabai di laut. – Gambar Reuters
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA