INFO MENARIK!!

Sada Borneo Tidak Bertaraf Dunia, Membosankan


PENERBIT muzik terkenal yang pernah meraih 16 kali Anugerah Grammy, David Foster, berterus terang mengatakan peserta tempatan, Sada Borneo gagal ke peringkat akhir kerana persembahan yang ditonjolkan lebih ke arah konsep Barat.

Pada persembahan kumpulan itu yang bertanding di peringkat separuh akhir program realiti Asia’s Got Talent, Foster menyatakan persembahan mereka tidak menampakkan ia bertaraf dunia apatah lagi program berkenaan mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai Program Realiti TV Dunia Paling Berjaya.

Pandangan sama dikongsi seorang lagi juri iaitu bintang ikon Pop dan juga merupakan anggota kumpulan Spice Girl, Melanie C (Mel C) yang menyifatkan persembahan mereka adalah membosankan.

Akibatnya, impian kumpulan itu untuk ke pusingan akhir dan meraih hadiah wang tunai USD$100,000 (RM362,487) lenyap selepas tersingkir pada pusingan ketiga separuh akhir yang ditayangkan pada 30 April lalu.

“Mereka terlalu mencuba menjadikan persembahan mereka menjadi persembahan barat, itu yang menyebabkan saya tidak suka dengan persembahan mereka.

“Memang kerja saya mencari mereka-mereka yang mempunyai bakat sebenar. Saya tidak boleh menipu malah saya akui kumpulan tersebut memamg berbakat besar.

“Sewaktu pertama kali saya lihat persembahan mereka, saya ada menasihatkan supaya sebolehnya jangan menggunakan gitar elektrik tetapi mereka tidak endahkannya.

“Pada persembahan seterusnya mereka masih menyelitkan lagi alat muzik moden menyebabkan elemen tradisional dan keunikan persembahan muzik dan kebudayaan yang mahu mereka tonjolkan itu hilang,” jelasnya ketika diminta mengulas tindakannya menekan butang ‘X’ menandakan dia tidak menyukai persembahan lima anak muda tersebut.

David Foster dan Melanie C ketika sidang media Asia’s Got Talent bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

David Foster dan Mel C ditemui pada sidang media Asia’s Got Talent di Kuala Lumpur semalam dan kunjungan mereka ke sini sebagai berkongsi pengalaman mereka menjadi juri tetap sepanjang musim pertama program pencarian bakat terbesar di Asia itu.

Selain Sada Borneo, 16 lagi bakat terpilih mewakili negara tetapi kesemuanya tersingkir.

Sementara itu, sebanyak 9 peserta berjaya ke peringkat akhir. Lima finalis daripada Filipina iaitu kumpulan penari Hip Hop, Junior New System, bintang cilik Gwyneth Dorado, penyanyi klasik, Gerphil Geraldine Flores dan kumpulan penari Hip Hop, El Gamma Penumbra.

Selain pasangan penari, Gao Lin dan Liu Xin dari China, kumpulan penyanyi dari Mongolia, Khusugtun, kumpulan Rock The Talento dari Thailand dan kumpulan penari, Dance Thrilogy dari Singapura.

Peringkat akhir Asia’s Got Talent akan ditayangkan pada 7 Mei ini sementara episod keputusan grand final akan ditayangkan pad 14 Mei ini jam 8.05 malam di saluran AXN (Astro Ch 701 dan HD 721).

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 5493651863890385504

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item