INFO MENARIK!!

[Video] Ibu Malukan Anak Perempuan Kerana Muatnaik Gambar Seksi Jadi Viral


North Carolina (Amerika Syarikat) – Seorang ibu bertindak memuatnaik video dia menghukum anak perempuannya yang didakwa memuatnaik gambar separuh bogel di laman sosial Facebook, Isnin lepas.

Laporan BBC mengatakan rakaman Valerie Starks memarahi anaknya yang berusia 13 tahun mendapat perhatian lebih 12 juta pelayar.


“Awak ada Facebook, dan awak muatnaik foto awak memakai pakaian dalam,” kata Stark dalam rakaman tersebut, menyebabkan anaknya mula menangis.

“Jangan menangis. Awak tak menangis semasa awak muatnaik foto separuh bogel awak,” luah Stark kecewa.

Walaupun segelintir pelayar menuduh Stark melakukan buli siber, namun hampir sebahagian besar pelayar yang merupakan ibu bapa memuji tindakannya.

“Dunia perlukan lebih ramai ibu seperti awak. Cara awak ajar anak awak adalah bagus,” kata Rhonda Snow di laman Facebook Stark.

“Ini sangat mengecewakan,” kata Amy McCready yang mengaku pakar dalam hal kekeluargaan.

Menurut McCready, cara tersebut akan menyebabkan anak-anak sukar untuk berterus-terang dan berkongsi masalah dengan ibu dan bapa.

“Jika mereka takut dimalukan, mereka akan jadi lebih cekap untuk menyembunyikan rahsia,” terang McReady.

Dalam satu temuramah, Stark memberitahu agensi KMGH bahawa dia sayangkan anak perempuannya.

“Anak perempuan saya akan faham nanti, dan menghormati saya kerananya (hukuman),” kata Stark.

“Jangan cakap anak perempuan anda tidak akan buat benda yang teruk, jangan sampai perkara yang sama terjadi kepada kamu,” kata Stark kepada ibu bapa yang lain.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Isu Rasuah Pembelian Apartment Melbourne : Penjelasan Dari MARA Seperti Alasan Budak Tadika

Kuala Lumpur, 24 Jun - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyangka anak syarikatnya MARA Inc mendapat tawaran yang baik apabila membeli sebuah apartmen di Melbourne pada 2013 dengan harga RM65.3 juta, ...

GADIS GEMUK DI BUANG KEKASIH,KEMUDIAN DIA KURUS SESUATU BERLAKU

GADIS GEMUK DI BUANG KEKASIH,KEMUDIAN DIA KURUS SESUATU BERLAKU | Sebuah cerita yang di kongsikan seorang lelaki yang menyesal dengan tingkah laku yang terlalu mementingkan diri dalam kehidupan r...

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lifestyle MEWAH Puteri Johor, Tunku Tun Aminah

“Bagaikan puteri, kisah khayalan, yang hidupnya suci dan sempurna…”. Terus rasa nak nyanyi lagu ni bila lihat kehidupan serba mewah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sul...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item