Perubahan Yang SANGAT MENGEJUTKAN Isteri Sam Bunkface Selepas 2 Bulan Berkahwin !
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/06/perubahan-yang-sangat-mengejutkan.html
PASANGAN yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lepas, Sam (Bunkface) dan Aida Azira nampaknya semakin serasi dan comel apabila digandingkan untuk sesi fotografi bersama. Apa yang paling mengujakan sekali sudah tentulah isterinya itu, Aida Azira yang kelihatan sungguh ayu sekali apabila kini telah berhijab penuh.
“Dia sudah memang mahu mengenakan tudung dan sebelum ini pernah memberitahu hasratnya untuk mengenakan tudung selepas sahaja berkahwin. Jadi saya sebagai suami amat menggalakkan dia memakai tudung dan apa yang dia buat ini tidak ada kena mengena dengan saya atau bukan kerana saya, tapi bersyukur dia ke arah itu,” katanya yang ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa anjuran pihak Syarikat Sony Music Malaysia.
Sam turut memberitahu perubahan paling ketara selepas dia berkahwin adalah perlu banyak bersabar dan berbincang antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi silaturrahim rumah tangga yang baru dibinanya itu.
“Alhamdulillah banyak perkara baru yang saya perolehi selepas saya berumah tangga ini seperti kena banyak bersabar dan berbincang. Tahun ini saya juga akan beraya di Melaka iaitu di rumah mertua terlebih dahulu sebelum ke kampung saya pula,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, di bulan Ramadan ini Sam akan berehat seketika dan hanya akan memenuhi jemputan majlis berbuka puasa dan baru sahaja selesai merakamkan lagu tema filem animasi ‘Boboboi’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA