"Muhyiddin Sengaja Cari Nahas" - Nazri Aziz
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/07/muhyiddin-sengaja-cari-nahas-nazri-aziz_29.html
PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ucapan kontroversi Muhyiddin pada mesyuarat UMNO bahagian Cheras pada Ahad lalu dianggap sebagai keterlaluan sehingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mengugurkannya.
"Dalam Kabinet kita sudah bersetuju, hanya Husni sahaja yang boleh bercakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugas mereka.
"Tetapi Muhyiddin tidak patuh pada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan pada Ahad lepas," katanya.
Jelas Nazri, pelantikan menteri Kabinet adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya melantik mereka yang setia kepadanya.
"Kabinet memang prerogatif Perdana Menteri dan sudah tentu beliau perlu melantik mereka yang setia dan serasi dengannya. Pada masa seperti ini, kita tidak boleh ada Kabinet yang tidak sehaluan. Dia (Najib) telah mengambil tindakan yang tepat dengan melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Jelas sekali beberapa orang menteri yang digugurkan itu terutamanya dari UMNO, tidak memathui arahan dalam kes 1MDB atau memang masa mereka sudah tiba untuk digugurkan.
"Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila Muhyiddin menyerang Perdana Menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” kata Nazri.
Mengulas mengenai perlantikan muka-muka baru sebagai menteri dan timbalan menteri, Nazri berkata mereka sewajarnya dilantik kerana mahir dalam bidang masing-masing.
“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,” katanya.
Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial sebaliknya apabila mereka mendakwa golongan muka baru yang dilantik dalam Kabinet adalah kaki penjilat dan pembodek Datuk Seri Najib Razak kerana seringkali muncul di kaca televisyen menghentam mana-mana pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyerang Najib mengenai isu 1MDB.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA