"Ada Pihak Kurang Senang Dengan Bangsa Johor" – TMJ
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/07/ada-pihak-kurang-senang-dengan-bangsa.html
Melalui Facebook Johor Southern Tigers Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ada pihak yang mahu membuat provokasi apabila mempertikaikan Johor kerana tidak menggunakan istilah bangsa Malaysia
KUALA LUMPUR – Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan penyatuan rakyat Johor sebagai satu bangsa, dengan mengambil strategi pecah dan perintah.
Tunku Ismail dalam kenyataan terbarunya di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, ada pihak yang mahu membuat provokasi apabila mempertikaikan Johor kerana tidak menggunakan istilah bangsa Malaysia.
“Ini adalah kerana dari zaman Atok Moyang saya kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia,” titahnya.
Baginda bertitah, mana-mana pihak bebas beranggapan dengan konsep bangsa dan Johor berbangga dengan hak milik sejarah mereka sendiri.
“Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal-usul sejarah Kami.
“Jika anda hendak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau 5 Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah.
“Tetapi kepada Bangsa Johor, jangan kita lupa ini adalah negeri kami. Bumi dan hak milik negeri ini adalah hak anda semua,” titahnya.
Baginda turut menasihati rakyat supaya tidak berpecah hanya kerana strategi pecah dan perintah oleh pihak tertentu kerana kurang senang dengan Johor.
“Ingatlah betapa kuatnya kita bila kita bersatu. Seperti mana nasihat dan motto negeri Johor, Muafakat itu Barkat. Allah Peliharakan Sultan. Johor mesti sentiasa jadi Johor,” titahnya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA